PPMDB

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth.

MAJLIS PESURUHJAYA

Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang..

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

Wednesday, April 29, 2026

BENGKEL SEMAKAN BUKU LOG LENCANA KERIS EMAS


 Bengkel Semakan Buku Log Lencana Keris Emas Peringkat Daerah telah berjaya dilaksanakan pada 29 April 2026 di SK Kepala Batas.

Program ini memfokuskan kepada verifikasi dan pengesahan buku log calon bagi memastikan ketepatan laporan mengikut skema latihan yang ditetapkan.
Selain urusan semakan, satu taklimat khas mengenai Perkhemahan Korobori Peringkat Negeri turut disampaikan bagi menyelaras aspek logistik dan persediaan aktiviti ahli.
Secara keseluruhannya, bengkel ini mencapai objektif dalam memastikan kualiti dokumentasi calon berada pada tahap terbaik sebelum penganugerahan dilakukan.

photo album

Sunday, April 19, 2026

CARA PENDAFTARAN AHLI MURID (SMBP)


 Assalamulaikum dan salamsejahtera

Disini diterangkan cara untuk mendaftar murid menggunakan sistem baru SMBP


LANGKAH 1. 

Muat turun borang pendaftaran dalam sistem SMBP isi semua maklumat kemudian muat naik. Dalam templet excel ruangan email adalah pilihan . Jika tidak ada email boleh kosongkan.  * Pastikan NAMA MURID DAN NO.KP ADALAH BETUL

Rujukan Video LANGKAH 1 di bawah ini.

https://youtu.be/wWvDF2iBYTg?si=ZDjnThL4ZRL30KBd


LANGKAH 2.

Setelah Pemimpin muat naik data excel yang sudah lengkap dan disahkan oleh PESURUHJAYA DAERAH. Pemimpin akan membuat PEMBAYARAN ONLINE. Selepas pembayaran berjaya sistem terus jana pendaftaran keahlian murid dengan memberikan kad digital keahlian dan sijil.

Rujukan Video LANGKAH 2 di bawah ini.

https://youtu.be/f-lpnRjkYpQ?si=ymW8txsagtO6Ipdf


LANGKAH 3.

Pemimpin boleh semak/cetak kad pendaftaran keahlian digital murid dan sijil. Pemimpin boleh maklumkan kepada murid bahawa mereka boleh semak sendiri kad keahlian digital dan sijil dilaman web SMBP https://smbp.pengakapmalaysia.org/login dengan menggunakan username dan password adalah no kad pengenalan. Jika semasa Pemimpin mendaftar murid dengan menyertakan email id murid akan dihantar ke email sepertimana Pemimpin daftar keahlian melalui jemputan email. Harap dapat membantu.

Rujukan Video LANGKAH 3 di bawah ini.

https://youtu.be/5GkzilNZw5c

CARA PENDAFTARAN PEMIMPIN DAN PENOLONG PEMIMPIN (SMBP)


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Untuk maklumkan sistem SMBP akan membuat jemputan kepada PENOLONG PEMIMPIN pengakap. Oleh itu saya mohon pemimpin yang sudah dijemput dan sudah daftar, mengisi maklumat PENOLONG PEMIMPIN dalam excel yg saya disediakan. Setelah lengkap sila muat naik dalam Google form .


PENOLONG PEMIMPIN akan mendaftar sendiri seperti Pemimpin apabila dijemput nanti. 


TUGAS PEMIMPIN hanya membuat pendaftaran 

1.  Penganjur (Pengetua/ Guru Besar)

2.  Murid (ahli biasa) 


Link Google Form: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAuh3LUXKr9XzhTzP_Sh5JPeZwYmK7lhgGY0uHNBcRtN7dDQ/viewform?usp=dialog


Borang excel :  (sila muat turun dahulu baru isi ,kemudian muat naik ke google form) https://docs.google.com/spreadsheets/d/1nUdRyU1XxNs_RAWvz0zscH3fEAQ4E2bT/edit?usp=sharing&ouid=111409660224690204715&rtpof=true&sd=true

Thursday, April 16, 2026

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU


 KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU

Tarikh: 16–19 April 2026
Tempat: SK Kepala Batas
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 79 orang peserta serta dibantu oleh 7 orang pembimbing sekawan dan patrol.
Bagi unit Pengakap Remaja, kursus ini diketuai oleh Tn. Hj. Mohammad Sabhi bin Othman, manakala bagi unit Pengakap Kanak-kanak diketuai oleh En. Mohd Zaidi bin Hassan @ Othman.
Sepanjang kursus berlangsung, semua peserta telah mengikuti setiap sidang dengan baik dan berjaya memperoleh ilmu serta pengalaman yang berguna dalam aspek kepimpinan dan pengurusan pengakap.
Kursus ini turut menerima kunjungan daripada En. Nazri bin Hasan, Penolong Pegawai PPD SPU yang sudi meluangkan masa melawat serta beramah mesra bersama para peserta.
Majlis sidang terbuka dan penutup telah diserikan dengan kehadiran Setiausaha Pasukan Latihan Negeri Pulau Pinang, En. Ng Cheng Wei.
Sebagai simbolik berakhirnya kursus ini, semua peserta telah memakai wogel yang dihasilkan sendiri oleh mereka.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

photo album


Wednesday, April 15, 2026

TAKLIMAT PENILAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA(RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) DAERAH BUTTERWORTH SECARA ATAS TALIAN


 TAKLIMAT PENILAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA(RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) DAERAH BUTTERWORTH SECARA ATAS TALIAN


Tarikh : 15 April 2026
masa : 3.00 petang

Program ini bertujuan memberi penerangan dan panduan berkaitan proses penilaian Anugerah Rambu serta pelaksanaan modul lencana bagi Pengakap Kanak-Kanak di daerah Butterworth.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Muhammad Khairi bin Abu Bakar, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth selaku pengerusi majlis.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Sabhi bin Othman, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program serta menggalakkan peningkatan pencapaian ahli Pengakap Kanak-Kanak di peringkat daerah.

Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh En. Mohd Shah Rin bin Awang, Penolong Pesuruhjaya Daerah Butterworth (PKK) berkaitan Anugerah Rambu PKK yang merangkumi syarat, kriteria penilaian dan prosedur pelaksanaan.

Seterusnya, Pn. Muniza binti Mustapha, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth (Program) menyampaikan taklimat mengenai modul lencana bagi membantu pemimpin Pengakap merancang aktiviti yang lebih sistematik dan berkesan.

Secara keseluruhannya, taklimat ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam memberi kefahaman yang jelas kepada para pemimpin Pengakap berkaitan penilaian Anugerah Rambu dan pelaksanaan modul lencana di peringkat daerah.

Saturday, March 14, 2026

HEBAHAN PENYERTAAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa satu kursus akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17, 18 & 19 April 2026

⏳ Tarikh Tutup Penyertaan: 10 April 2026

📍 Tempat: SK Kepala Batas

💰 Bayaran: RM60 seorang


👥 Penyertaan:

Pemimpin Kumpulan, Pemimpin dan Penolong Pemimpin yang telah mengikuti KMK Pengenalan.

🎓 Tawaran Kursus:

1️⃣ Unit Pengakap Kanak-Kanak (Sekolah Rendah)

2️⃣ Unit Pengakap Remaja (Sekolah Menengah)


📝 Link Pendaftaran:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeIcubXRv9mUzlcKNn4QzQvJbAKBsfmnpigQ9rpQhZzjISmLQ/viewform?usp=preview


📄 Muat Turun Borang Penyertaan:

https://drive.google.com/file/d/1M47u8A9dCNqr_Hco_QzLOJCsuPvofNOw/view?usp=sharing


⚠️ Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dibawa dan dihantar semasa pendaftaran.


Mohon kerjasama semua yang berminat untuk membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup. Terima kasih.

 

Saturday, March 7, 2026

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAPNEGERI PULAU PINANG


Majlis Berbuka Puasa Pengakap Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 7 Mac 2026 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pengakap Negeri Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Pengakap Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pengakap Daerah Butterworth.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg.Dato’ Hj. Zulkafli bin Kamaruddin, barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeridan Daerah, Pasukan Teknikal Pengakap Butterworth dan ahli keluarga masing-masing yang turut memeriahkan majlis.
Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Hj. Mohammad Sabhi bin Othman,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth. Majlis kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.
Antara menu istimewa yang disajikan ialah kambing golek, ikan bawal goreng panas, gulai ikan bawal serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional.Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan, dan berakhir selepas para hadirin menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah.

phpto album


Saturday, February 28, 2026

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2026 bertempat di Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara anjuran Pasukan Latihan Daerah Butterworth dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Pulau Pinang.
Kursus ini telah disertai seramai 115 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pengakap.Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan asas kepimpinan Manikayu serta memperkukuh kefahaman peserta terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pengakap. Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat yang menekankan aspek kepimpinan, pengurusan diri dan nilai-nilai kepengakapan.
Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Fadzil bin Sadikin, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Kehadiran beliau telah menyerikan majlis dan memberi suntikan semangat kepada para peserta untuk terus komited dalam dunia kepimpinan pengakap. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Hj Zulkafli bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, yang jelas menunjukkan sokongan padu pihak kepimpinan tertinggi pengakap negeri terhadap penganjuran kursus ini. Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, setiap peserta telah menerima bubur lambuk sebagai buah tangan selepas tamat kursus.
Secara keseluruhannya, Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, di samping memberi pengalaman bermakna kepada semua pesertayang terlibat.


 

photo album

Sunday, February 22, 2026

KUIZ HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA 2026


 Selamat Menyambut Hari Pengasas ke-169 tahun daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth Pulau Pinang!


Pada 22 Februari setiap tahun, berjuta-juta Pengakap di seluruh dunia berkumpul di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa untuk meraikan Hari Pengasas. Ia adalah hari lahir Lord Baden-Powell (1857-1941),  perintis Pengakap dunia.


Hari Pengasas ialah acara penting dalam kalendar Pengakap apabila ahli memperbaharui Janji Pengakap mereka yang mengesahkan komitmen mereka terhadap nilai teras pergerakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang :


Bahawa Dengan Sesungguhnya,

Saya Berjanji dan Bersetia,

Yang Saya,

Dengan seberapa Daya Upaya saya,

Akan: Taat Kepada Tuhan

Raja dan Negara

Menolong Orang Pada setiap masa

Menurut Undang-undang Pengakap.


Kuiz Pengetahuan sahaja: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfnsAdnwKgyCvSn6pwSRlTBpkEMD7eAfxOxSgvrsD4JKcCaBQ/viewform?usp=publish-editor


Tarikh akhir: 25/02/2026


Selamat menjawab. 


Persekutuan Pengakap Malaysia

Daerah Butterworth, Pulau Pinang

Wednesday, February 11, 2026

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PENGENALAN


Makluman kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti KURSUS MANIKAYU PENGENALAN Daerah Butterworth

Tarikh: 28 Februari 2026

Hari: Sabtu

Masa:7.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Seminar PPD SPU

Bayaran: RM20.00

*Tarikh tutup pendaftaran pada: 20 Februari 2023


  Link Pendaftaran : 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeL_55S3q2d2nm85C2gLHeHpyM3c85rWh6w08NDpTB_e2-Gxg/viewform?usp=header


Sunday, February 1, 2026

BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN PENGAKAP BUTTERWORTH


Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pengakap Butterworth anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya dilaksanakan pada 11 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Dato’ Kailan bermula jam 2.00 petang.

Bengkel ini melibatkan kehadiran para pemimpin Pengakap sekitar daerah Butterworth dengan fokus kepada penerangan dan pengurusan pendaftaran melalui Sistem Maklumat Bersepadu Pengakap (SMBP). Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pemimpin terhadap tadbir urus dan pengurusan pentadbiran pasukan secara lebih sistematik dan berkesan.