Friday, March 6, 2020

INFO PENGAKAP


APAKAH ITU PENGAKAP

Anda mungkin telah biasa dengan Pengakap dalam kehidupan seharian anda. Anda melihat mereka semasa di alam persekolahan dan sekarang pula di dalam alam kedewasaan. Ini adalah kerana Pengakapan di Malaysia ini telah menjangkau usia 100 tahun. Jika ditanya apakah itu Pengakap, jawapan yang pasti anda perolehi adalah seperti berkhemah, malam unggun api, mengembara, menolong orang dan lain-lain lagi. Tetapi apakah sebenarnya itu Pengakapan? Pengakapan secara ringkasnya adalah suatu program aktiviti yang penuh dengan cabaran dan keseronokan untuk golongan muda-mudi dalam lingkungan umur 8 tahun keatas. Pengakap adalah satu pergerakan Belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan Belia dan muda-mudi agar menjadi warganegara yang berguna. Latihanya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Gilwell.

 

Pengakap merupakan suatu program-program aktiviti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Pengakap merupakan suatu program-program aktiviti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

-Situasi sebenar kehidupan Belia didalam masyarakat tempatan
-Hasil daripada minat Belia itu sendiri
-Ia mempunyai kelonggaran dimana apabila situasi baru timbul idea
-Idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus
-Ia adalah tersusun,progresif dan membuat Belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa
-Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melahirkan perasan 

 

Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda,terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya

 

Prinsip-prinsip Berpengakap

-Prinsip dalam Pergerakan Pengakap boleh di dapati daripada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap -Kepercayaan Kepada Tuhan

-Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

-Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri  















0 comments:

Post a Comment