Saturday, February 28, 2026

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2026 bertempat di Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara anjuran Pasukan Latihan Daerah Butterworth dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Pulau Pinang.
Kursus ini telah disertai seramai 115 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pengakap.Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan asas kepimpinan Manikayu serta memperkukuh kefahaman peserta terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pengakap. Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat yang menekankan aspek kepimpinan, pengurusan diri dan nilai-nilai kepengakapan.
Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Fadzil bin Sadikin, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Kehadiran beliau telah menyerikan majlis dan memberi suntikan semangat kepada para peserta untuk terus komited dalam dunia kepimpinan pengakap. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Hj Zulkafli bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, yang jelas menunjukkan sokongan padu pihak kepimpinan tertinggi pengakap negeri terhadap penganjuran kursus ini. Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, setiap peserta telah menerima bubur lambuk sebagai buah tangan selepas tamat kursus.
Secara keseluruhannya, Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, di samping memberi pengalaman bermakna kepada semua pesertayang terlibat.


 

photo album

0 comments:

Post a Comment