Saturday, March 7, 2020

LOGO PENGAKAP


LOGO PENGAKAP SEDUNIA


  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga

  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

  • Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.

  • Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

  • Warna ungu merupakan warna Biro Pengakap Sedunia.

  • Warna putih membawa makna kesucian dan kebersihan.






LOGO RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA



  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara -Menolong orang setiap masa - Menurut undang-undang Pengakap

  • Bintang pecah lima yang berwarna hijau menandakan sepuluh undang-undang Pengakap.

  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

  • Bulan Sabit menandakan agama rasmi negara Malaysia ialah agama Islam.

  • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap,iaitu:
    - Kuning - Pengakap Kanak-Kanak
    (PKK)
    - Hijau - 
    Pengakap Muda(PM)
    - Merah -
    Pengakap Remaja(PR)




 

0 comments:

Post a Comment