Majlis Berbuka Puasa Pengakap Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 7 Mac 2026 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pengakap Negeri Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Pengakap Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pengakap Daerah Butterworth.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg.Dato’ Hj. Zulkafli bin Kamaruddin, barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeridan Daerah, Pasukan Teknikal Pengakap Butterworth dan ahli keluarga masing-masing yang turut memeriahkan majlis.
Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Hj. Mohammad Sabhi bin Othman,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth. Majlis kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.
Antara menu istimewa yang disajikan ialah kambing golek, ikan bawal goreng panas, gulai ikan bawal serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional.Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan, dan berakhir selepas para hadirin menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah.
![]() |
| phpto album |








0 comments:
Post a Comment