Wednesday, April 15, 2026

TAKLIMAT PENILAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA(RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) DAERAH BUTTERWORTH SECARA ATAS TALIAN


 TAKLIMAT PENILAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA(RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) DAERAH BUTTERWORTH SECARA ATAS TALIAN


Tarikh : 15 April 2026
masa : 3.00 petang

Program ini bertujuan memberi penerangan dan panduan berkaitan proses penilaian Anugerah Rambu serta pelaksanaan modul lencana bagi Pengakap Kanak-Kanak di daerah Butterworth.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Muhammad Khairi bin Abu Bakar, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth selaku pengerusi majlis.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Sabhi bin Othman, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program serta menggalakkan peningkatan pencapaian ahli Pengakap Kanak-Kanak di peringkat daerah.

Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh En. Mohd Shah Rin bin Awang, Penolong Pesuruhjaya Daerah Butterworth (PKK) berkaitan Anugerah Rambu PKK yang merangkumi syarat, kriteria penilaian dan prosedur pelaksanaan.

Seterusnya, Pn. Muniza binti Mustapha, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth (Program) menyampaikan taklimat mengenai modul lencana bagi membantu pemimpin Pengakap merancang aktiviti yang lebih sistematik dan berkesan.

Secara keseluruhannya, taklimat ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam memberi kefahaman yang jelas kepada para pemimpin Pengakap berkaitan penilaian Anugerah Rambu dan pelaksanaan modul lencana di peringkat daerah.

0 comments:

Post a Comment