Thursday, September 12, 2024

KARNIVAL PENGAKAP PULAU PINANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2024


 Khamis, 12 September 2024- Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya menganjurkan julung kalinya Karnival Pengakap Pulau Pinang Peringkat Kebangsaan 2024. Pelbagai aktiviti talah diadakan sepanjang Karnival tersebut antaranya ialah derma darah, pertandingan pengakap, pameran badan beruniform (ATM,Bomba,Polis, APAM, pameran pengakap laut dan udara, Pameran kerjaya, pameran persenjataan , jualan makanan , cendera hati dan Malaysia Book of Record (Ikatan Buku Sila Terbanyak). Selain itu , penganugerah RAMBU Pengakap Kanak-kanak seramai 358 calon daripada 23 buah sekolah Daerah Butterworth telah berjaya dianugerahkan. Pada Karnival ini telah diadakan acara kemuncak dan bersejarah terukir kepada Pengakap  Pulau Pinang dengan  pengiktirafan Malaysia Book of Records ( Ikatan Buku Sila 526 meter) yang diikat oleh 1,300 ahli pengakap yang terdiri daripada  kalangan pelajar sekolah rendah, menengah serta pengakap kelana di Pulau Pinang pada Majlis Penutupan Karnival Pengakap Pulau Pinang. Persekutuan Pengakap Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Karnival Pengakap Pulau Pinang 2024.

photo album


0 comments:

Post a Comment