Saturday, August 9, 2025

MAJLIS ANUGERAH RAMBU PENGAKAP BUTTERWORTH

 



Majlis Anugerah Rambu Pengakap Butterworth telah berjaya dianjurkan pada 9 Ogos 2025, bertempat di Perda Convention Centre, Kubang Menerong. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Dato' Heng Soo Peng.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Haji Ahmad bin Darus pengerusi Majlis Pengakap Daerah Butterworth,Ts Chew Ching Yee, Pesuruhjaya Latihan Negeri Pulau Pinang, Ir.Ts. Wong Kok Nian Penolong pesuruhjaya pengakap negeri Pulau Pinang,en Nazri bin Hasan,Penolong Pengawai PPD SPU,En Hafiz bin Rosli wakil Perda dan juga pentadbir sekolah yang menerima anugerah rambu.

Pada tahun ini, seramai 485 orang Pengakap Kanak-kanak, 37 orang Pengakap Muda, dan 14 orang Pengakap Remaja

telah berjaya menerima Anugerah Rambu Pengakap, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam peringkat masing-masing hasil usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti pengakap.

Majlis ini turut menyaksikan satu lagi acara bersejarah iaitu Istiadat Pengalungan Manikayu 2 Butir, kepada pemimpin pengakap yang telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Manikayu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, yang telah bekerja keras menjayakan majlis ini dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan. Tidak dilupakan juga kepada semua pemimpin pengakap sekolah, yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membimbing, melatih, dan memastikan anak-anak pengakap kita mampu mencapai tahap pencapaian tertinggi.

Sesungguhnya, kejayaan majlis ini mencerminkan semangat kerjasama, disiplin dan kesungguhan yang menjadi teras dalam pergerakan pengakap. Semoga usaha yang ditunjukkan ini terus menjadi inspirasi dan pemangkin kepada perkembangan pengakap di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment