Vision of WOSM
"By 2023 Scouting will be the world’s leading
educational youth movement, enabling 100 million young people to be active
citizens creating positive change in their communities and in the world based
on shared values."
Visi Persekutuan Pengakap Malaysia
Menjelang tahun 2025 Persekutuan Pengakap Malaysia akan
dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari
bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui
pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun Warganegara yang
berguna.
DASAR, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Sokongan padu Persekutuan Pengakap Malaysia adalah atas
prinsip kepatuhan kami terhadap dasar, perlembagaan dan undang-undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA (AKTA 784) AKTA PERSEKUTUAN
PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 (Disemak 2016)
Visi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
Menggembelingkan segala usaha seluruh peringkat kepengakapan
ke arah menjadikan Pergerakan Pengakap satu pertubuhan beruniform yang aktif
dan progresif serta dapat menyumbang ke arah melahirkan generasi muda yang
cergas, berdisiplin dan berilmu selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan
negeri Pulau Pinang.
Mission of WOSM
"The Mission of
Scouting is to contribute to the education of young people, through a value
system based on the Scout Promise and Law, to help build a better world where
people are self-fulfilled as individuals and play a constructive role in
society." captured in World Scouting’s brand as "Creating a
Better World”.
Misi Persekutuan
Pengakap Malaysia
Misi Kepengakapan
ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda, melalui satu sistem
nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap, membantu
membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai
individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.
Objektif Persekutuan
Pengakap Malaysia
Objektif Persekutuan
Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap
pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan
kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek (JERI) dan social. Untuk mencapai objekt if tersebut, pemimpin perlu
diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah
kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasakan
kepada Persetiaan dan Undang undang Pengakap.
1. Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai
pengakap.
2. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan
dan berkualiti bagi golongan muda
remaja.
3. Untuk melatih, Jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti
di semua peringkat.
4. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengkapan
berpandukan prinsip dan Undang-Undang Pengakap.
5 Menjadikan sebuah organisai yang berdikari dan diurus
dengan berkesan.
Misi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
1. Membina satu pasukan kepimpinan yang bersepadu,
berkomitmen dan teguh di peringkat negeri dengan mendukung prinsip berpengakap
kerana minat dan semangat.
2. Menyusun semula sistem pengurusan dan memberi semangat
baru dalam memperkasa organisasi Pengakap di semua peringkat pentadbiran dengan
mengamalkan prinsip intregriti dan ketelusan dalam semua aspek urusan.
3. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak dan agensi-agensi
lain bagi menjayakan program secara perkongsian pintar untuk memantapkan imaj
pergerakan Pengakap di Pulau Pinang.
4. Menggerakkan usaha mempromosi Pergerakan Pengakap sebagai
satu pertubuhan pelengkap untuk menjayakan usaha-usaha pembinaan sahsiah ahli
dan pembangunan modal insan.
5. Menonjolkan imej Pengakap yang beridentiti melalui
program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada ahli-ahli.
6. Mempertingkatkan bilangan kumpulan dan ahli berdaftar
yang aktif di seluruh negeri serta membina jati diri yang kuat bagi menghadapi
persaingan semasa untuk melahirkan seramai mungkin ahli Pengakap Raja di Pulau
Pinang.
7. Mewujudkan rangkaian yang akrab dan berkesan di seluruh
tujuh daerah pentadbiran dengan fokus kepada aspek pembangunan demi faedah ahli
dan pertubuhan.
8. Meletakkan keutamaan terhadap usaha memberi pengiktirafan
dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang ke arah pembangunan Pengakap di
Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment