PPMDB

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth.

MAJLIS PESURUHJAYA

Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang..

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

MAJLIS PESURUHJAYA

Barisan PPMD Butterworth Pulau Pinang.

Thursday, February 26, 2026

MUAT TURUN SIJIL KUIZ HARI PENGAKAP SEDUNIA 2026

 


Untuk dapatkan sijil Kuiz Hari Pengasas Pengakap Sedunia Sila Klik link disini: 


Sunday, February 22, 2026

KUIZ HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA 2026


 Selamat Menyambut Hari Pengasas ke-169 tahun daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth Pulau Pinang!


Pada 22 Februari setiap tahun, berjuta-juta Pengakap di seluruh dunia berkumpul di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa untuk meraikan Hari Pengasas. Ia adalah hari lahir Lord Baden-Powell (1857-1941),  perintis Pengakap dunia.


Hari Pengasas ialah acara penting dalam kalendar Pengakap apabila ahli memperbaharui Janji Pengakap mereka yang mengesahkan komitmen mereka terhadap nilai teras pergerakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang :


Bahawa Dengan Sesungguhnya,

Saya Berjanji dan Bersetia,

Yang Saya,

Dengan seberapa Daya Upaya saya,

Akan: Taat Kepada Tuhan

Raja dan Negara

Menolong Orang Pada setiap masa

Menurut Undang-undang Pengakap.


Kuiz Pengetahuan sahaja: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfnsAdnwKgyCvSn6pwSRlTBpkEMD7eAfxOxSgvrsD4JKcCaBQ/viewform?usp=publish-editor


Tarikh akhir: 25/02/2026


Selamat menjawab. 


Persekutuan Pengakap Malaysia

Daerah Butterworth, Pulau Pinang

Wednesday, February 11, 2026

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PENGENALAN


Makluman kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti KURSUS MANIKAYU PENGENALAN Daerah Butterworth

Tarikh: 28 Februari 2026

Hari: Sabtu

Masa:7.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Seminar PPD SPU

Bayaran: RM20.00

*Tarikh tutup pendaftaran pada: 20 Februari 2023


  Link Pendaftaran : 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeL_55S3q2d2nm85C2gLHeHpyM3c85rWh6w08NDpTB_e2-Gxg/viewform?usp=header


Sunday, February 1, 2026

BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN PENGAKAP BUTTERWORTH


Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pengakap Butterworth anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya dilaksanakan pada 11 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Dato’ Kailan bermula jam 2.00 petang.

Bengkel ini melibatkan kehadiran para pemimpin Pengakap sekitar daerah Butterworth dengan fokus kepada penerangan dan pengurusan pendaftaran melalui Sistem Maklumat Bersepadu Pengakap (SMBP). Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pemimpin terhadap tadbir urus dan pengurusan pentadbiran pasukan secara lebih sistematik dan berkesan.

Saturday, November 15, 2025

MAJLIS MAKAN MALAM PENGAKAP BUTTERWORTH


 Majlis Makan Malam Pengakap Butterworth telah berlangsung pada hari Sabtu 15 November 2025, jam 8.00 malam bertempat di Penang Golf Resort.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Zulkafli bin Kamaruddin bersama isteri, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Butterworth, Dato’ Haji Ahmad bin Darus, dan Pegawai PPD Seberang Perai Utara (Unit Bakat Murid), Encik Nazri bin Hasan



Tuesday, October 21, 2025

E-SIJIL PENCAPAIAN KUIZ DALAM TALIAN SEMPENA JOTA JOTI 2025


Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli Pengakap yang telah menyertai Kuiz Jamboree On The Air Jamboree On The Internet (JOTA-JOTI) 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2025 dengan jayanya.

Seramai 3,227 ahli Pengakap dari seluruh negeri telah mengambil bahagian dalam kuiz ini, sekali gus menunjukkan semangat kesetiaan, kerjasama dan sokongan padu terhadap aktiviti JOTA-JOTI yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah (PPMD) Butterworth, Pulau Pinang.

Dengan ini, PPMD Butterworth, Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua ahli Pengakap seluruh Malaysia.

“Bersedia untuk Berkhidmat!”
Sekalung tahniah buat semua ahli Pengakap!

Bersama-sama ini diberikan link di bawah Carian e-Sijil Pencapaian Kuiz Dalam Talian Sempena JOTA JOTI 2025 .

Thursday, October 16, 2025

JAMBOREE ON THE AIR JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTA JOTI)


 Jamboree On The Air Jamboree On The Internet (JOTA JOTI) adalah salah satu himpunan pengakap yang akan diadakan di seluruh dunia pada Hari Sabtu ketiga Bulan Oktober pada setiap tahun.

Apa yang menjadi perbezaan dengan jambori jambori lain adalah JOTA JOTI ini para ahli pengakap akan berhimpun secara maya melalui Radio Amatur dan Internet.  Inilah peluang kepada ahli pengakap untuk berinteraksi dengan rakan baharu dari pelbagai negara di dunia.

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth tidak ketinggalan membuka satu stesen JOTA bersempena JOTA pada tahun in bertempat di SMK Telok Air Tawar.

Walaupun pada tahun ini tarikh JOTA jatuh pada cuti sekolah , stesen 9M4JPB dapat menghimpunkan 847 orang peserta daripada 43 kumpulan di dalam Daerah Butterworth.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari kem berlangsung. Stesen JOTA Butterworth telah ditutup secara rasmi oleh Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.

photo album 1

photo album 2


Sunday, October 12, 2025

KUIZ DALAM TALIAN JOTA JOTI 2025

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kuiz Dalam Talian JOTA JOTI 2025 sempena sambutan Jamboree On The Air kali ke-68 (JOTA) dan Jamboree On The Internet kali ke-29 (JOTI) akan diadakan pada:

📅 Tarikh: 17 hingga 19 Oktober 2025

🌐 Platform: Dalam Talian (Akan dibuka pada 17.10.2025 (8.00 pagi)

Semua ahli Pengakap dari pelbagai peringkat dijemput untuk menyertai kuiz ini sebagai salah satu aktiviti menarik JOTA JOTI yang bertujuan menguji pengetahuan serta meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan warga Pengakap. 

Peserta akan mendapat pautan e-sijil Kuiz Jota Joti selepas tarikh tutup penyertaan . 

Ayuh sertai kuiz ini dan buktikan semangat Scouting anda di peringkat global!

“Be Prepared, Stay Connected!”

#JOTAJOTI2025 #KuizPengakap #ScoutingTogether


KUIZ AKAN DIBUKA BERMULA 17.10.2025(8.00 PAGI ) HINGGA 19.10.2025(12.00 MALAM)


Tuesday, September 30, 2025

PENDAFTARAN PERKHEMAHAN JOTA JOTI 2025

 


Jambori di udara dan Jombori di Internet (Jota Joti 2025 ) akan diadakan pada 17-18 Oktober 2025 bertempat di SMK Telok Air Tawar, Seberang Perai Utara . Dijemput sekolah daerah Butterworth untuk menyertai program ini. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila klik link di bawah . Tarikh tutup pendaftaran pada 10 Oktober 2025.



Thursday, September 25, 2025

KEM VIGIL 2025

 

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya menjalankan Kem Vigil Daerah Butterworth pada 26 hingga 28 September 2025 bertempat di SMK Telok Air Tawar.
Kem ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta daripada Krew- Krew Kelana seluruh Daerah Butterworth.Sepanjang kem ini, para peserta didedahlan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan seperti kawad kaki, projek perintis dan gajet, masakan rimba dan lain - lain lagi.Kem ini sebagai pendedahan kepada para ahli kelana baharu apa itu pengakap dan kelana .Kemuncak kem ini adalah apabila para peserta disarungkan epaullete kelana sewaktu majlis penutup.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabhi Othman selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth.Kem ini dijayakan dengan bantuan oleh para Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth, pemimpin - pemimpin Krew Kelana A dan B Butterworth, Sekteriat Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang dan juga ahli - ahli Krew Kelana A dan B Butterworth.

photo album 1




Saturday, August 9, 2025

MAJLIS ANUGERAH RAMBU PENGAKAP BUTTERWORTH

 



Majlis Anugerah Rambu Pengakap Butterworth telah berjaya dianjurkan pada 9 Ogos 2025, bertempat di Perda Convention Centre, Kubang Menerong. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Dato' Heng Soo Peng.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Haji Ahmad bin Darus pengerusi Majlis Pengakap Daerah Butterworth,Ts Chew Ching Yee, Pesuruhjaya Latihan Negeri Pulau Pinang, Ir.Ts. Wong Kok Nian Penolong pesuruhjaya pengakap negeri Pulau Pinang,en Nazri bin Hasan,Penolong Pengawai PPD SPU,En Hafiz bin Rosli wakil Perda dan juga pentadbir sekolah yang menerima anugerah rambu.

Pada tahun ini, seramai 485 orang Pengakap Kanak-kanak, 37 orang Pengakap Muda, dan 14 orang Pengakap Remaja

telah berjaya menerima Anugerah Rambu Pengakap, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam peringkat masing-masing hasil usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti pengakap.

Majlis ini turut menyaksikan satu lagi acara bersejarah iaitu Istiadat Pengalungan Manikayu 2 Butir, kepada pemimpin pengakap yang telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Manikayu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, yang telah bekerja keras menjayakan majlis ini dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan. Tidak dilupakan juga kepada semua pemimpin pengakap sekolah, yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membimbing, melatih, dan memastikan anak-anak pengakap kita mampu mencapai tahap pencapaian tertinggi.

Sesungguhnya, kejayaan majlis ini mencerminkan semangat kerjasama, disiplin dan kesungguhan yang menjadi teras dalam pergerakan pengakap. Semoga usaha yang ditunjukkan ini terus menjadi inspirasi dan pemangkin kepada perkembangan pengakap di masa hadapan.