Thursday, October 16, 2025

JAMBOREE ON THE AIR JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTA JOTI)


 Jamboree On The Air Jamboree On The Internet (JOTA JOTI) adalah salah satu himpunan pengakap yang akan diadakan di seluruh dunia pada Hari Sabtu ketiga Bulan Oktober pada setiap tahun.

Apa yang menjadi perbezaan dengan jambori jambori lain adalah JOTA JOTI ini para ahli pengakap akan berhimpun secara maya melalui Radio Amatur dan Internet.  Inilah peluang kepada ahli pengakap untuk berinteraksi dengan rakan baharu dari pelbagai negara di dunia.

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth tidak ketinggalan membuka satu stesen JOTA bersempena JOTA pada tahun in bertempat di SMK Telok Air Tawar.

Walaupun pada tahun ini tarikh JOTA jatuh pada cuti sekolah , stesen 9M4JPB dapat menghimpunkan 847 orang peserta daripada 43 kumpulan di dalam Daerah Butterworth.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari kem berlangsung. Stesen JOTA Butterworth telah ditutup secara rasmi oleh Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.

photo album 1

photo album 2


0 comments:

Post a Comment