Thursday, September 25, 2025

KEM VIGIL 2025

 

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya menjalankan Kem Vigil Daerah Butterworth pada 26 hingga 28 September 2025 bertempat di SMK Telok Air Tawar.
Kem ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta daripada Krew- Krew Kelana seluruh Daerah Butterworth.Sepanjang kem ini, para peserta didedahlan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan seperti kawad kaki, projek perintis dan gajet, masakan rimba dan lain - lain lagi.Kem ini sebagai pendedahan kepada para ahli kelana baharu apa itu pengakap dan kelana .Kemuncak kem ini adalah apabila para peserta disarungkan epaullete kelana sewaktu majlis penutup.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabhi Othman selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth.Kem ini dijayakan dengan bantuan oleh para Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth, pemimpin - pemimpin Krew Kelana A dan B Butterworth, Sekteriat Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang dan juga ahli - ahli Krew Kelana A dan B Butterworth.

photo album 1




0 comments:

Post a Comment