Agoonoree Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024
Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth . Agoonoree adalah satu perkhemahan untuk golongan muda dengan keperluan khas. Seramai 25 buah sekolah dari kalangan pengakap kanak-kanak dan juga guru pengiring telah hadir ke perkhemahan ini yang bertempat di SK Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Perkhemahan ini berjalan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13 hingga 15 Disember 2024. Terdapat 10 aktiviti di stesen yang berada di perkhemahan ini iaitu stesen ikatan dan simpulan, stesen Pioneering, stesen Nyanyian dan Tepuk, stesen Bantu Mula, stesen permainan Kim, stesen panjat tali,stesen Psikologi,stesen speech Therapy, stesen Intervensi dan juga stesen Audiology. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth mengucapkan tahniah dah syabas kepada sekolah yang menang dalam pertandingan yang diajurkan yang kurang bernasib baik akan cuba lagi di perkhemahan akan datang. Pengakap Malaysia Daerah Butterworth mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli pengakap Pulau Pinang khusunya Daerah Butterworth yang bertungkus lumus dalam menjayakan Kem Agoonoree Peringkat Negeri Pulau Pinang.
![]() |
photo album |
0 comments:
Post a Comment