Saturday, October 21, 2023

PERKHEMAHAN UJIAN PENILAIAN CALON ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK




Perkhemahan ini telah berlangsung pada hari Jumaat hingga Sabtu, 20 hingga 21 Oktober 2023 bertempat di SK Sungai Dua. Sebanyak 17 buah sekolah yang terlibat telah menghantar  calon penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak. Ketua Kursus ialah Tuan Mohd Fadzli Bin Abu Hasan @ Hashim Pesuruhjaya Program Negeri , Persekutuan Pengakap Malaysia , Negeri Pulau Pinang.Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perkhemahan ini ialah : 1. Ujian Sikap 2. Ujian Kawad Kaki 3. Ujian Ikatan 4. Ujian Pertolongan Cemas 5. Ujian Membina Gadjet 6. Ujian Memasang dan Meruntuh Khemah 7. Ujian Istiadat Pagi 8. Ujian Menaik dan Menurunkan Bendera .

Photo album


0 comments:

Post a Comment