Friday, October 6, 2023

MAJLIS MALAM MESRA KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3B PPM NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023

 

7 OKT 2023 - Majlis Malam Mesra Telah Diadakan Semasa Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3B Yang Berlangsung Di Pusat Kecemerlangan Pengakap Negeri Pulau Pinang (PusKeP). Acara Ini Merupakan Acara Tradisi Pengakap Pulau Pinang Yang Akan Diadakan Pada Setiap KMK 3B Bagi Menghargai Jasa Para Jurulatih Dan Meraikan Para Peserta Yang Telah Menamatkan Seluruh Kursus Kepimpinan Manikayu Sebelum Membuat Penilai Di Peringkat 4.
Majlis Dirasmikan Oleh Yang Berusaha Tuan Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang Yang Mewakili Dato' Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang
Para Peserta Akan Duduk, Makan Dan Bermesra Bersama Dengan Pesuruhjaya Daerah Di Negeri Pulau Pinang Serta Barisan Jurulatih Dan Pembimbing. Ini Untuk Memberikan Peluang Kepada Para Pemimpin Untuk Saling Berkenalan Antara Satu Sama Lain Dan Berkongsikan Pengalaman Kepengakapan.
photo album


0 comments:

Post a Comment