Friday, April 7, 2023

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA BAGI TAHUN 2023


Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,

Kuasa Penganjur,
Pek/Kumpulan/Krew Pengakap,

(Seperti dalam lampiran)

Tuan,

PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2023
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2023. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

2) Bagi memudahkan pihak tuan untuk mendaftar, pemimpin Pengakap sekolah tuan sila membuat pendaftaran secara atas Talian dengan menggunakan aplikasi "Penang Scout Daftar" di pautan http://daftar.penangscout.org

3) Atas pertimbangan situasi pandemik yang melanda, PPMNPP telah mengambil keputusan untuk mengecualikan bayaran Yuran RM10 untuk setiap kumpulan yang menyambung mendaftar sejak tahun yang lepas.

4) Bayaran Tunai tidak lagi dilayan mulai tahun 2017. Bayaran dengan cek hendaklah dibuat atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG PENDAFTARAN. Sila rujuk kertas maklumat pendaftaran yang dikepilkan. Bayaran hendaklah dibuat menerusi Kaunter Maybank / ATM Maybank / ATM Cek Maybank / Maybank2U / Transaksi Online Bank Lain

5) Butiran bayaran adalah seperti berikut:

  • Bank: Maybank atau Maybank2U
  • No Akaun: 5072-4618-6224
  • Nama Akaun: MPNPP-PENDAFTARAN

Kerjasama dan komitmen tuan dalam hal ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

BUTIRAN PERHUBUNG PESURUHJAYA-PESURUHJAYA DAERAH

Maklumat Pesuruhjaya DaerahTelefonemailAlamat
Daerah Balik Pulau -
En Rozhan Bin Hj Yahaya
012-4452251rozhan_3090@yahoo.com4-G-3, Taman Sri Indah,
Tkt. Sri Genting,
11000 Balik Pulau.
Daerah Bukit Mertajam -
En Tan Sow Sung
012-4100545jotajoti@hotmail.comSJKC Sin Ya,
14000 Bukit Mertajam
Daerah Butterworth -
En Mohammad Sabhi Bin Othman
019-4708009mosab66@yahoo.comSMK Bagan Jaya,
13400 Butterworth
Daerah Georgetown (Utara) -
En Lee Kok Wah
016-4855191andylkwah@yahoo.com2-16-7 Lintang Kampung Melayu 2,
11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Daerah Georgetown (Selatan) -
En Oi Siou Hean
012-4898778gts@scout.my230, Jalan Dato Kramat,
10150 Pulau Pinang.
Daerah Nibong Tebal -
Pn. Norhayati Binti Mohamad
012-5040716ppmnibongtebal@gmail.com64, Jalan Murni 1, Taman Murni,
34200 Parit Buntar.
Daerah Bayan Lepas -
En Mohd Hafife Bin Abdul Halim
017-6635054ppmbayanlepas@gmail.comD/A Unit Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang

 

BUTIRAN YURAN KEAHLIAN

Yuran Pendaftaran Keahlian adalah seperti berikut:

Yuran Ahli Pengakap (bawah umur 18 tahun)RM 7.00
Yuran Ahli Dewasa (umur 18 tahun dan ke atas)RM 10.00
Yuran KumpulanRM 10.00 (dikecualikan bagi kumpulan yang pernah daftar tahun sebelumnya)

 

MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN KUMPULAN/KREW/PEK

Borang Pendaftaran Kumpulan Pengakap (Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda, Remaja)














 

0 comments:

Post a Comment