Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pengakap Butterworth anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth telah berjaya dilaksanakan pada 11 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Dato’ Kailan bermula jam 2.00 petang.
Bengkel ini melibatkan kehadiran para pemimpin Pengakap sekitar daerah Butterworth dengan fokus kepada penerangan dan pengurusan pendaftaran melalui Sistem Maklumat Bersepadu Pengakap (SMBP). Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pemimpin terhadap tadbir urus dan pengurusan pentadbiran pasukan secara lebih sistematik dan berkesan.
.png)






0 comments:
Post a Comment