Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli Pengakap yang telah menyertai Kuiz Jamboree On The Air Jamboree On The Internet (JOTA-JOTI) 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2025 dengan jayanya.
Seramai 3,227 ahli Pengakap dari seluruh negeri telah mengambil bahagian dalam kuiz ini, sekali gus menunjukkan semangat kesetiaan, kerjasama dan sokongan padu terhadap aktiviti JOTA-JOTI yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah (PPMD) Butterworth, Pulau Pinang.
Dengan ini, PPMD Butterworth, Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua ahli Pengakap seluruh Malaysia.
“Bersedia untuk Berkhidmat!”
Sekalung tahniah buat semua ahli Pengakap!
Bersama-sama ini diberikan link di bawah Carian e-Sijil Pencapaian Kuiz Dalam Talian Sempena JOTA JOTI 2025 .








0 comments:
Post a Comment