Friday, April 25, 2025

KEM PENGAKAP MUDA


 Ucapan Penghargaan Kem Pengakap Muda Daerah Butterworth 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam pengakap!
PPM Daerah Butterworth ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan pemimpin pengakap dalam daerah Butterworth yang telah menjayakan Kem Pengakap Muda Daerah Butterworth 2025. Kejayaan kem ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen, semangat kerjasama, dan dedikasi semua pihak yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta pengakap muda yang telah menunjukkan semangat berani mencuba, disiplin yang tinggi, serta komitmen dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Anda semua telah membuktikan bahawa Pengakap Muda Daerah Butterworth sentiasa bersemangat dalam mengasah kemahiran diri, memupuk nilai kepimpinan dan kerjasama dalam pasukan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua Penolong Pesuruhjaya Daerah,Pasukan Teknikal Pengakap Daerah dan Krew Pengakap Kelana Butterworth yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kem ini. Sokongan, tunjuk ajar, dan bimbingan yang diberikan sepanjang kem ini telah membantu peserta menimba pengalaman yang amat berharga.
Semoga kem ini menjadi kenangan indah dan motivasi untuk terus maju dalam dunia kepengakapan. Diharapkan agar nilai-nilai murni yang dipelajari sepanjang kem ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan.
Sekali lagi, terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
Salam pengakap!
Perasmian penutup oleh:
En Azhar bin Abdullah
Penolong Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan PPD,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
photo album


0 comments:

Post a Comment